Search
You are here : Info@BPA > Seksyen Pengambilan Pelajar > Saluran Kemasukan
September 21, 2014
Saluran-Saluran Kemasukan ke USM
Saluran Perdana (Lepasan Matrikulasi/STPM/Diploma/Setaraf) - Ambilan Utama

Pengurusan pengambilan pelajar bagi Program Pengajian Ijazah Pertama (Penuh Masa) dikendalikan sendiri oleh USM bermula Sidang Akademik 2009/2010 tanpa melalui sistem UPU (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) setelah diberikan status Program Universiti APEX. Permohonan untuk mengikuti pengajian di USM adalah secara terus ke USM melalui dalam talian (online application) di laman web https://pohon.usm.my. Iklan permohonan akan disiarkan oleh Seksyen Pengambilan Pelajar USM di akhbar-akhbar utama Malaysia mengikut kategori seperti berikut :

Kategori Tarikh Iklan Tarikh Tutup Permohonan
  • Lepasan Matrikulasi/Asasi
Januari April
  • Lepasan STPM
  • Lepasan Diploma/Setaraf
    (A-Level, IB, SAM, AUSMAT dll)
Saluran Alternatif
  • Kemasukan Saluran Kedua

    Pengambilan pelajar baru melalui corak kemasukan saluran kedua adalah dikhaskan untuk calon-calon yang sedang bekerja, yang sebelum ini tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, untuk memungkinkan mereka memperolehi kelayakan ijazah. Program yang ditawarkan adalah seperti Kejuruteraan Awam, Teknologi, Pendidikan Khas, PBP (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) dan Sains Kesihatan.
  • Kemasukan Khas

    Pengambilan khas adalah satu saluran khas bagi staf kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang  ditawarkan. Setakat ini, USM hanya menawarkan program Perancangan dan Pengurusan Pembangunan dan program Kerja Sosial. Turut ditawarkan ialah program Seni Bina (Bahagian 2) khas untuk graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Perumahan, bangunan dan Perancangan) yang mengkhusus dalam bidang Seni Bina.
  • Program Pendidikan Sepanjang Hayat (Warga Emas, Warga Sukan & Warga Budaya)

    Pengambilan pelajar dibawah program pendidikan sepanjang hayat bertujuan untuk membuka peluang kepada individu yang ingin terus menimba ilmu bagi merealisasikan impian untuk memperolehi ijazah disamping untuk memantapkan kualiti taraf pendidikan negara dan meningkatkan tahap  intelektual di kalangan masyarakat Malaysia.
Program Antarabangsa Doktor Perubatan USM-KLE

Program off shore bersama Karnataka Lingayat Education (KLE) University di Belgaum, Bangalore, India mula ditawarkan pada pengambilannya yang pertama mulai Sidang Akademik 2010/2011. Pelajar akan mengikuti pengajian di India selama lima tahun dan dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan USM setelah menamatkan pengajian. Permohonan untuk mengikuti program ini akan dibuka pada bulan Mac setiap tahun.

Program Diploma Kejururawatan

Program Diploma Kejururawatan USM merupakan satu program profesional yang berfokuskan kepada pendidikan akademik dan latihan klinikal bagi melatih jururawat profesional yang mahir dalam praktis kejururawatan klinikal moden yang selamat serta berupaya menyumbang kepada kesihatan masyarakat. Program ini terbuka kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Program Pendidikan Jarak Jauh

Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) telah dimulakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1971 dan merupakan satu rancangan pengajian yang terulung di Malaysia yang menawarkan pengajian ijazah secara jarak jauh.

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah setara dengan kursus yang diikuti oleh pelajar dalam kampus. Bahan pengajaran terdiri daripada bahan bercetak, pita rakaman dan bahan aneka media yang lain.

Jangkamasa pengajian ialah selama 4 tahun (minimum) hingga 12 tahun (maksimum). Mereka yang berjaya akan dianugerahkan salah satu Ijazah Sarjana Muda seperti berikut:

  • Sarjana Muda Sains (Kepujian)
  • Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)

Layari laman web Saluran Kemasukan USM untuk maklumat lanjut.