Search
You are here : Info@BPA > Seksyen Pengambilan Pelajar
Ogos 22, 2014
Hebahan Seksyen Pengambilan Pelajar
Seksyen Pengambilan Pelajar

USM menawarkan pelbagai Program Pengajian secara penuh masa kepada calon-calon yang berminat dan berkelayakan. Program seperti Sains, Sains Gunaan, Sains Komputer, Kejuruteraan, Teknologi, Seni, Sains Farmasi, Perubatan, Sains Kesihatan , Pergigian, Sastera (Ilmu Kemanusiaan), Sains Kemasyarakatan, Sastera (Seni Halus), Pendidikan, Pengurusan dan Perakaunan, sering menjadikan pilihan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Universiti.

Pengurusan pengambilan pelajar bagi Program Pengajian Ijazah Pertama (Penuh Masa) dikendalikan sendiri oleh USM bermula Sidang Akademik 2009/2010 tanpa melalui sistem UPU (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) setelah diberikan status Universiti APEX. Permohonan untuk mengikuti pengajian di USM adalah secara terus melalui dalam talian (online application) di laman web https://pohon.usm.my atau www.usm.my.

Fungsi & Peranan

Seksyen ini bertanggungjawab untuk mengurus dan mengendalikan aktiviti pengambilan dan kemasukan pelajar Ijazah Sarjana Muda Penuh Masa dan Jarak Jauh meliputi aspek perancangan dan pelaksanaan bermula dari penyediaan pelunjuran statistik pengambilan, pemasaran program pengajian, penyediaan dan edaran borang permohonan, pemprosesan borang-borang permohonan, pengeluaran surat tawaran, kes-kes rayuan, kes pertukaran rancangan pengajian, pengecualian unit dan penyediaan kad daftar pelajar. Aktiviti-aktiviti ini dilakukan setiap tahun yang melibatkan kira-kira 6,500 pelajar bagi Program Penuh Masa dan Jarak Jauh.

Hubungi Kami

Timbalan Pendaftar
Seksyen Pengambilan Pelajar
Aras 2, Bangunan Canselori
Jabatan Pendaftar
11800 USM, Penang

Bebas Tol : 1300 888 876
Faksimili : 604 653 3328
Pejabat Am : 604 653 3196
Emel : admission@usm.my